MyAA Constitution

As approved by the MyAA Extraordinary General Meeting (EGM) in May 2013 (Coming Soon)

 

 

 

  • Fasal 1: Nama +

    Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Association), dengan nama ringkasnya MyAA, selepas ini disebut “Persatuan”.
  • Fasal 2: Tempat Urusan +

    Alamat tempat urusan berdaftar dan surat menyurat Persatuan ialah Pusat Pengajian Perakaunan, Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
  • Fasal 3: Matlamat dan Tujuan +

    Matlamat Persatuan adalah untuk memajukan pendidikan, penyelidikan dan amalan Perakaunan di Malaysia dengan memaksimumkan sumbangan akademik kepada pembentukan, pembangunan, penyebaran dan aplikasi pengetahuan dan kemahiran Perakaunan. Tujuan Persatuan adalah seperti berikut:

    (1) Untuk memaju, berkongsi dan menambahbaik pendidikan Perakaunan secara berterusan;
    (2) Untuk menggalakkan penyelidikan yang berkualiti dan penyebaran dapatan penyelidikan perakaunan dengan lebih baik;
    (3) Untuk menggalakkan jaringan dan kerjasama di antara ahli da;am bidang perakaunan di peringkat kebangsaaan dan antarabangsa;
    (4) Untuk bertindak sebagai badan berkecuali yang mewakili kepentingan dan pandangan ahli-ahlinya bagi perkara yang berkaitan dengan pendidikan, penyelidikan dan amalan perakaunan; dan
    (5) Untuk mempromosi pendidikan dan kesedaran perakaunan.

  • Fasal 4: Keahlian +

    (1) Keahlian terbahagi kepada 4 kategori:

    (a) Ahli Biasa: Terbuka kepada ahli akademik (university dan sekolah) dan professional Perakaunan (termasuk semua akauntan) yang berumur 18 tahun ke atas yang tinggal di Malaysia.
    (b) Ahli Bersekutu: Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi criteria ahli biasa. Ahli bersekutu tidak dibenarkan memegang jawatan atau mengundi.
    (c) Ahli institutsi: Tiada perubahan
    (d) Ahli Kehormat: Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada kejayaan pertubuhan (fokus kepada mereka yang memberi sumbangan di dalam bidang perakaunan tanpa mengira latar belakang mereka)

    (2) Tiap-tiap permohonan keahlian hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan dihantar kepada setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada jawatankuasa untuk diluluskan.
    (3) Pendaftaran keahlian juga boleh dibuat melalui kehadiran persidangan yang dianjurkan oleh MyAA dan telah membayar yuran.
    (4) Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
    (5) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan, diterima menjadi ahli persatuan setelah membayar yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan.

  • 1

Need more information about MyAA?

Get Direct Access to MyAA Via Phone or Email.

Contact Us